UNIKL MITEC, JOHOR. PILIHAN AKU :)


Assalamualaikum..
Jumaat lepas hari yang paling mendebarkan bagi semua yg apply IPTA kan ?
Okey result pun dah kuar, ada yg kecewa  tak dapat, ada yg bahagia dapat.
Tahniah ! Kepada yg semua dapat wlaupun course tu lain yg korang study dulu kan :)

So, 
UNIKL MITEC, JOHOR jadi pilihan aku.
BACHELOR OF INDUSTRY LOGISTIC (HONS), course aku sekarang .
48 subjek selama 8 semester, 4 tahun bertapak sebagai orang johor !
Wah ! memang sangat killer dapat tahu subjek bakal2 yg aku ambil nanti.
Hope, aku boleh bawak sepenuhnya dan doakan aku berjaya nanti sampai KONVO -.-
Dan aku masih nak kekal pointer 3.5+ ke atas kali nie.

Bukan senang nak dapatkan sesuatu, bukan susah nak capai sesuatu.
Jadi semua tu kena usaha, doa dan tawakal kan.
Bagai mimpi 22/7 nie aku nak pergi daftar dah, rasa belum puas nak bercuti lagi !
Barang2 pun belum siap sepenuhnya. Sayu nya nak tinggal rumah :')

Apa yang aku harus tinggal dekat rumah ini ?
Firstly, sifat malas, harus di buang jauh2.
Secondly, penat ! Dlm study tade istilah penatkan, hurm..
Thirdly, hati dan perasaan ini. Boleh tak nak simpan hati dalam locker almari nie ? tak mau bawa, takut ada yg mencuri nanti. Hehe. Insyallah, mesti boleh kan, tinggal lah perasaan tak sepatutnya dkt rumah nie dulu. 

Bulan puasa, nak tiba dah.
Buat kali kedua aku tak puasa di rumah, thn lepas dkt ILP, kali nie dkt UNIKL
Maknanya , raya aku tak jumpa rumah, hanya cuti sem saja balik rumah. Ooh tidak !!!!
Dan mmg hidup sebagai perantau mcm nie kowt, hehe
Samapi sini dulu lol ! Akan dtg aku akan citew sebagai mahasiswi baru :)
Buku baru, kawan baru, kampus baru semuanya serba serbi baru !

*Cuma satu aku tak nak ehem baru, biar dye seorang  yg ada dlm hati aku sekarang. Insyallah, amin *













HELLO JULY :)


Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan JULAI :)
Alhamdullilah, syukur atas nikmat mu, kerana aku masih boleh bernafas lagi.
Dan bulan julai ini bulan berdebar buat aku. Result IPTA nak keluar 2 minggu lagi.
Dapat ke nak masuk IPTA nie or sekadar singgah di IPTS nanti.
Hurmmm, ntah lah..

Aku hanya boleh berdoa dapat buat pilihan yang tepat nanti.
Pilihan itu masa depan aku, kerjaya aku.
Nak sambung DEGREE bukan macam DIPLOMA dulu. Boleh main2 tak ?
Andai 4 tahun kena study lagi, aku sanggup :) Masa depan kan, see ?
Boring macam mana pun kena ngadap juge kan. 
Biar bawak segulung ijazah pulak. Hajat ayah ibu tuu. Tingginya harapan mereka dekat anak- anak nie :)

Hope, result course yang keluar nanti biarlah yang aku minat.
Minta2 yang jauh tak nak yang dekat3. Sebab dah biasa jauh2 dengan family :)
Bulan puasa bakal tiba, menghitung hari je lagi.
Ku mengaharap kan RAMADHAN kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh dah macam lagu je. Hehe. Insyallah. Amin.

Dan awak, saya tak lupa juga,
Walaupun jarang texting, saya masih ingat lagi dekat awak :)
Sebab kita dah janji. aku ada, kerana kau pun ada. peweeitt ! teeeettt
Secret semua itu, okie :p
Assalamualaikum...