2 week before Final :)





Assalamualaikum guys.
Alhamdulilah, selesai sudah segala kelas, assigment dan kelas untuk sem nie.
Dan sem nie juga aku rasa terlalu cepat masa berlalu, mungkin terlalu banyak masa untuk study, buat assigment.
Dan sem nie macam2 aku rasa, sehingga aku dah hilang rasa itu.
Kepenatan hilang apabila selesai segala kerja2 yang diberi.
Now, dah boleh fokus untuk final exam. Hopefully, sem nie lebih baik dari sem2 yg lepas.
Dan doakan saya untuk exam nanti yea guys, Thank You.

1 years 26 days :D




Assalamualaikum,

Cukup sudah hubungan kami setahun pada bulan yang lepas, Buat pertama kali baru tulis pasal dye. Maafkan saya yea awak. Kali nie baru dapat tulis entry pasal awak. Kerana kekecewaan yang lalu banyak mengajar saya. Dan kekecewaan itu lebih saya berhati-hati dalam RELAY.
Alhamdulilah, dengan izin ALLAH kami di pertemukan secara kebetulan dan tanpa aku sedari aku akan jumpa seseorang di kampus aku sendiri. Pertemuan pertama kali berkenalan, hanya cafe pada masa itu. Yes ! Awak seorang pemalu ? Right ? Never mind. Sy ingat lagi masa tu sy terdesak tade transport nak pergi LARKIN nak beli tiket balik KL time tu. Kebetulan ntah mcm mne, jumpe awak nak beli makanan dkt cafe time2 magrib. Sy pun pergi beli makanan dengan sis nurull time tu then sy tegur awak dekat cafe. Eh, peramah tak sy time tu ? Of course lah ;) Then, pada waktu sy nak balik KL tu cancel. Haa di sebabkan hari tuu ada presentation last minutes. Kecewa pun ada sebab tiket yg awk beli taleh gune balik. Then sy bagi texting awak yg ckp taleh balik. So kena tunggu balik besok.Time tu awak risau sebab sy kena beli tiket sendiri dan balik sorang2 kan3 ! Dengan pertemuaan yang tak di sengajakan ini ntah mcm mane kita boleh rapat pun sy tak ingat. Tapi yang pasti sy ingat time tu sya ada krisis dan awak ada sebagai kawan untuk sy. Tenkiyuu awak sebab sudi jadi kawan sy pada waktu itu. Dan semakin hari kita semakin rapat jadi kawan dan satu hari sebelum awak ge konvo saya ingat "saya taleh tinggal awak lama2 lah, nanti rindu". Eh, dan sy ingat lagi after awak balik konvo tu awak nak tanya seseuatu dkt sy kan. Then sy ingat soalan tu nak minta DECLARE dari saya. Time tu pun sy terima awak sebagai teman hidup sy. Dan Alhamdulilah hubungan kami semakin rapat, baik, hari2 lepak makan, minum, jalan2, dan study sama2 kan awak. Lagi2 dekat cafe campus tu. Hari2 muka kita jea 2 sem tu. Hikhik. Malu , segan semua adalah. Tapi nak buat mcm mne dah makan dkt cafe lagi murahkan :)

After balik cuti study week Sem 1 dulu, awak kata nak jumpe family saya. Terkejut saya tahu. Beria betul awak nak jumpa family saya masa tu. Alhamdulilah, dah masuk 3 kali awak jumpa family saya. Dan family saya pun senang dengan awak. Ouh, lupa pulak. Terima kasih awak sebab sudi kawan saya, terima kasih awak sebab dah banyak tolong saya sangat, terima kasih awak sebab sanggup study2 sama, tolong saya dalam study juga, terima kasih juga sebab sanggup terima saya walaupun saya nie degil, suka marah2, kuat merajuk dan kuat touching, terima kasih juga banyak bersabar dengan saya kadang2 saya saya bukan orang penyabar dan terima kasih sebab jadi peneman hidup saya. Dan awak pernah cakap kalau kita gaduh mcm mane sekali pun kalau blh kita discuss, cakap baik-baik. Sebab awak kata awak taleh gaduh lama2 dan awak tanak kita gaduh lama2 kan. Insyallah. Saya nak minta maaf kalau sy ada terlepas kata, terlepas bicara sepanjang relay ini. Sy akan baiki kelemahan yg sy ada untuk lebih lama dlm relay nie yea awak.

Satu saya nak cakap minta maaf yea awak awak bukan pertama lelaki yang saya kenal tetapi saya berharap awak dapat menjadi lelaki terakhir untuk saya dan untuk relay ini juga. Tapi andai jodoh itu bukan milik kita, saya terima yea awak. Moga-moga kebahagian ini akan berterusan buat selamanya. Amin ;')






Ignore All Feeling






IT'S ALL I FEEL RIGHT NOW !

Assalamualikum guys,
It's a simple entry from me. Nothing to say.
Thank You for your blogwalking, i appreciate

Cuti Dah Nak Habis !





Say Hey, say Hi, say Ho, say Hu..
Ouh 2 minggu lagi cuti dah nak habis.. Boleh guling laju - laju..
Wah naik sem baru lah baru nak ada kenduri sana sini.. Lagi2 kenduri sepupu sepapat berebut2 nak kawen n bertunang bulan 9, 10, 11 dan 12 tahun nie.
Tak best3! Gua tade nak ge kenduri kawen u ollz.. Just kirim hadiah n salam saje dapat samapaikan :)
Sorry sepupu2 terchenta sebab tidak dapat hadirkan diri di sewaktu persandingan kamu2 semua..Ooopss! terlebih jiwang. HAHAHA :D

* By the way, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia dunia dan akhirat guys. Hopefully hari- hari bahagia okey ;)

Happy Eid Mubarak



Time to forgive and forgot :)

Assalamualaikum guys,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Seha dekat sini nak minta maaf dan minta ampun jika seha ada buat silap dan salah.
Menyusun sepuluh jari minta maaf yea rakan2 dan sahabat baik sekalian.
Kadang2 kita manusia mesti ada terlepas cakap dan kata. So halalkan makan minum dan sewaktu denganya.
Buat sahabat dan rakan yang mengenali diri nie, jemput2 datang rumah yea. Seha sentiasa ada dekat rumah :) Semoga Raya korang semua lebih gembira, bermakna dan meriah.

# Yang buruk tu mungkin datang dari seha sendiri, dan yang baik datang dari ALLAH S.W.T 

SELAMAT BERPUASA KAWAN2 :)



Assalamualaikum gentle and ladies.

Alhamdulilah, tiada bulan seindah Ramadhan :)

Bermula lah solat terawih kita malam nie dah berpuasa pada besok hari.

Moga2 Ramadhan kita kali nie di penuhi rahmat keberkatan dari- Nya. Amin

Kawan2 selamat berpuasa yea.

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

p/s : Dear, firstly kita sambut Ramadhan sama2 kan. Selamat Berpuasa., puasa penuh taw, kalau tak penuh tak boleh raya dengan i okey c(:

Bersawang sudah :D





Assalamualaikum gentelmen and ladies,
Cuti semester aku dah hampir sebulan. Tapi blog aku hampir 3 bulan lebih tak sentuh.. Ooopss !
Banyak benda nak hupdate tapi yg mana satu pun tak terhupdate, HAHA
Kesian blog dah bersawang. Fuuuhhh.. Semester yang lepas banyak kenangan dengan yang tersayang.
Tapi cuti nie tersayang aku makan, tengok tv and katil jee
Heaven tak ? Saya suka saya suka saya suka. :)
Nak sambung lesen pun tergadai je. Kenduri sana sini. Macam aku yang kawen pulak. HAHAHA!
Insyallah aku akan pastikan Lesen tu akan ada sebelum habis cuti nie. Amin.
Bulan Ramadhan hampir tiba confirm lepas nie buzy jadi suri rumah. keje buat kuih raya. Memandangkan aku tak keje, so terpaksa cari keje dkt rumah nie, HIKHIK :)



Assalamualaikum Febuari :)



Assalamualaikum,
Sebulan sudah berlalu, perginya bulan Januari datangnya bulan Febuari. Alhamdulilah, aku masih bernafas lagi.
Dugaan demi dugaan yang mendatang, dapat aku tempuh..
Aku tak pernah lupa pesan ibu " bila dekat tempat orang, kita lagi kena kuat, kita kena banyak belajar hidup berdikari, macam mana pun kita, janji kita tak pernah asal usul kita" kata2 nie lah sampai harinie aku masih bertahan.

Bila kita tak kuat air mata sahaja peneman kita, tapi bagi diri ini tak pernah keseorangan. Aku masih ada ALLAH  S.W.T yang selalu peneman aku di kala suka dan duka. 
Mungkin kita boleh sorok semua masalah kita dan tersenyum saja dari luaran. Sebab bagi aku, biarlah orang lain tak tahu.
Untuk menempuhi hari2 yang bakal mendatang bukan satu perkara yang mudah. Semakin banyak dugaan dan masalah yang datang, semakin kuat juga mengajar aku apa itu erti kehidupan.

But,
I am so sorry for my behaviour,
I am sorry that I hurt you,
I am that I cannot make you smile,
I am sorry because I could not fulfill your expectations,
I am sorry for whatever I did with you...

Setiap hari pasti kita akan buka lembaran yang baru sebab kita tahu hari semalam sudah pun berlalu, hari ini kita masih ada dan bakal hari esok dan hari2 yang mendatang itu lah satu kehidupan baru. Sekuat dan selemah mana pun kita, kita tetap masih berjuang dengan kehidupan yang berliku ini. Mungkin hari ini kita sedar apa yang berlaku sudah tercatat dalam kehidupan kita. Jadikan harinie sebagai pengajaran, hari esok sebagai perubahan. Manusia tidak mampu berubah kalau bukan keinginan mereka untuk berubah.




Welcome back to study ! Sem 2



Alhamdullilah, hampir 2 minggu sudah aku duduk dkt kampus nie
Minggu study pun nak masuk hampir seminggu. Semuanya berjalan seperti biasa..
Assement + presentation bakal menanti aku. wawawawa -.-"
Hopefully, pointer sem nie lebih baik . Insyallah..
Duit pun dah masuk, tapi tade benda yg aku nak beli.
See ? Simpan untuk hari tua laa. Cewah :D

By the way, ini gambar last sem 1 yang tak pernah lupa kowt.
Tak silap bulan puasa, masa tu tengah junior la katakan..
Konon2 nya nak aktif aktiviti dalam kampus nie.. HAHA
Tapi sampai sekarang aktiviti yg di anjurkan LIBRARY je yg biasa aku akan join.
Sebab kami sudah serasi bersama. Nampak tak, nampak tak ? *kenyit mata*

Sebenarnya banyak event kami aktif juga..
Tapi biarlah simpan buat kenangan yea kawan2 :)
Masuk Sem 2 nie penuh dengan azam. Harap2 dapat di laksanakan dengan jayanya.. ecececeh :p

Happy New Year :)


Assalamualiakum..
Selamat Tahun Baru guys, Ooopsss masuk tiga hari bru dpt wish..
Tak kisah lah, bagi aku hari2 baru. Hahaha
Sempena Tahun Baru nie semua orang ada AZAM , kan ?
Begitu juga aku, tapi taleh cerita dkt sini azam aku, secret LOL !

Bila dah masuk 2013, makanya angka umur pun meningkat..
22 tahun :) Bangga tp terlalu muda tak terlalu tua..
Umur dah meningkat jadi kena jadi matang cikit, tp nakal aku tetap ada, Hahaha

Bulan Januari nie, mcm bulan bertuah je bagi aku..
Mane taknya, bila aku pergi shopping sana sini ada hulur..
Okey, cantek kan :) Lagi2 ayah tersayang, muehehe.
Time kasih untuk orang2 tersayang yg sentiasa meringankan tangan anda. Hehehe

Cuti sem pun nak habis..
Makanya akan mengadap laptop, assigment, buka buku balik n muka buku aku yg tak pernah2 tinggal juge :) Pape pun, selamat tahun baru guys, pesan aku tunaikkan azam sekalian semua yea. Insyallah.